Sunday, November 27, 2011

Lawatan Wakil BDAT dan WISA ke Iskandariah.


Pada  18 November  2011 yang lalu wakil Biro Dakwah dan Tarbiah BKPSM berserta dengan Mahasiswi Sabah Mesir (WISA) telah berkunjung ke Asrama Yayasan Sabah Iskandariah (AYSI) untuk menjalankan beberapa program di  Iskandariah.

Wakil bagi BDAT ialah saudara Mahadir Amboala , Mohammad Amirul Hadi Bin Haidon Hadi (Unit Usrah BDAT) dan Shaima' Arshad (Timbalan BDAT) selaku wakil bagi BDAT dan Timbalan Yang Dipertua BKPSM saudari  Kartika Binti Haplan dan mantan Timbalan Yang Dipertua BKPSM     saudari Azlinah Abdul Gani.

Program yang di jalankan adalah:

WISA 

-One soul one love-

Pengisianya ialah Ucapan dari ketua WISA, suai kenal dengan pelajar baru ,slot pembentangan kertas kerja dari Ustazah Azlinah Abdul Gani, game ukhuwwah, pembentangan qarar WISA, sesi dialog bersama ketua WISA dan AJK  WISA.

BDAT

-Usrah gabungan-

Pengisian oleh saudara Mahadir Amboala dan saudari Shaima’ Arshad

Selain itu program lain ialah  Mesyuarat bersama  AJK DMSI (Delegasi mahasiswa/wi Sabah Iskandariah) , wakil WISA dan wakil BDAT .












Thursday, November 17, 2011

Muqaddimah Dari Muhafazah



Alhamdulillah Rabb seluruh alam...yang mengizinkan bumi ini ber-khalifah dan tiadalah manusia itu melainkan sebenar-benar khalifah dan selawat dan salam ke atas Rasulullah S.A.W utusan Allah untuk kita umat-umatnya di akhir zaman..

28 Oktober tinggalan sejarah sekitar 2 minggu lalu telah mencerna sekali lagi,seperti yang tahun-tahun sebelumnya perhimpunan pelajar-pelajar Sabah dalam Mesyuarat Agung Tahunan Badan Kebajikan Sabah Mesir kali ke-29 .

Perhimpunan yang menyaksikan kunjungan bukan sekadar pelajar-pelajar Kaherah malahan pelajar-pelajar dari muhafazah yang berlainan,semuanya semata-mata untuk menjayakan bentukkan ajkt BKPSM baru bagi sesi-2011/2012.

Jujur,perlantikan sebagai peneraju Delegasi Mahasiswa Mahasiswi Sabah sesi-2011/2012 bukanlah satu jawatan yang boleh dibuat ala-kadar melainkan bahu semakin memikul rasa kepercayaan.Terasa menjadi harapan dan rasa dipercayai,itulah rasa utama yang sentiasa menyokong untuk Demmas kali ini bergerak sebagai biro yang mendengar kebajikan kawan-kawan yang duduk tinggal dan belajar terutamanya di sekitar Dumyat,Iskandariah,Zaqazik,Tanta dan Mansourah disamping berusaha merancang aktiviti dan program yang dapat mengisi masa lapang selain memelihara silah ar-rahim sesama kita ahli BKPSM.
Menyebut tentang program dan aktiviti tahun ini,Demmas menganggarkan pengisian yang terbaik dan dari itu juga,Demmas kali ini bersifat terbuka untuk mendengar pendapat-pendapat dari orang furu’ khasnya untuk mengadakan program atau aktiviti dari kalian sendiri bersesuaian dengan masa lapang dan tempat tertentu dan kami akan cuba mengusahakan dan mempertimbangkannya.

Akhirul kalam,ini lah muqaddimah saya selaku ajkt Demmas fatrah kali ini,muqaddimah yang dikarang semata-mata untuk mengucapkan terima kasih dan terlalu berterima kasih atas kesudian memberi kepercayaan.Insya Allah,dengan kerjasama kawan-kawan sekalian terutamnya orang-orang furu'..kami warga ajk Demmas dan biro-biro lain sedia menjana yang terbaik untuk kemaslahatan kita semua.

Sekian & salamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.


Sekadar renungan....

Saidina Umar pernah berkata,''Tiada Islam yang sebenar melainkan dengan jemaah,tiada jemaah yang sebenar melainkan dengan pemimpin,dan tiada pemimpin yang sebenar melainkan dengan ketaatan.''


Ketua Demmas 2011/2012
Mohd Shahrizal Sabal

Friday, October 28, 2011

PERUTUSAN AKHIR DEMMAS

Assalamualaikum w.b.t

Alhamdulillah syukur ke hadrat Ilahi semusim kita bersama menempuhi saat-saat manis , masin , masam , pahit , luka , gembira , ketawa , senda gurau dan sewaktu denganya.

Setiap permulaan pasti ada pegakhiranya,setiap ayat pasti ada noktahnya,setiap hujung pasti ada pangkalnya, setiap awal pasti ada akhirnya.Begitulah setiap jawatan yang disandang pasti ada penggantinya.

Motif tujuan utama saya selaku menjadi ketua DEMMAS  musim ini hanya untuk menyampaikan apa yang saya perolehi semasa saya pernah memegang jawatan sebelum ini di Malaysia.Namun,tanggapan saya sedikit tersasar."Mesir dan Malaysia jauh berbeza".Cara untuk mempraktikan apa yang diperolehi di Malaysia ternyata berbeza sekiranya untuk dipraktikkan di Mesir.


Terutamanya dari segi  Masa ,Bahasa ,Budaya ,Kawasan ,Persekitaran dan cara pengendalian pelajar berbeza berbanding di Malaysia. Namun, salah satu perkara yang memudahkan dalam mengatur aktivit-aktiviti dan events yang akan di langsungkan adalah melalui online [facebook , blog etc] mahupun secara  direct [face 2 face atau colling2].

Terima kasih kepada semua ahli BKPSM yang menyupport DEMMAS semusim ini.Tidak lupa juga kepada Yayasan Sabah Kaherah , El-Attal Groups Companies , Kelab UMNO Kaherah , DMS Iskandariah , DMS Tanta , DMS Damanhur , DMS Mansurah , DMS Dumyat , DMS Zaqziq yang banyak membantu dalam menjayakan program-program DEMMAS dan kepada individu-individu yang terlibat secara langsung mahupun tidak langsung.


Akhir kalam dari saya wakil bagi Delegasi Muhafazah Mahasiswa/wi Sabah [DEMMAS] memohon jutaan kemaafan sekiranya ada di antara aktiviti-aktiviti yang kami rancang dan tidak dapat dilaksanakan sepenuhnya.Kita hanya merancang,namun Allah yang menentukan segalanya.

Tidak lupa juga kepada orang kampung dan seluruh warga BKPSM silalah support  BKPSM dan sesiapa sahaja yang bakal memimpin DEMMAS dengan sepenuhnya. 

"Dari Kita Untuk Kita".


Sekian.Wassalam.


"UKHUWAH MERENTASI SEMPADAN"

"JIL MANSYUD PENERAJU UMMAH"


Dari kami,

Barisan kepimpinan ,

Delegasi Muhafazah Mahasiswa/wi Sabah,

Sesi 2010/2011.

*Salah satu gambar pilihan DEMMAS yang menjadi kenangan musim ini.


Wednesday, October 19, 2011

MAJLIS PENUTUTPAN "FAMILY DAY" 2011 & SAMBUTAN MAHASISWA/WI SABAH 2011/2012

Assalamualaikum w.b.t

Makluman kepada semua warga BKPSM yang berada di sekitar Perlembahan Nil,anda semua di jemput hadir ke :

*Majlis Penutupan



*Sila klik sini untuk lihat iklan di Facebook. 


PROGRAM : "Majlis Penutupan "Family Day" 2011 & Sambutan Mahasiswa/wi Sabah 2011/2012".

TARIKH : 19 OKTOBER 2011

MASA  : 7.30 MALAM

TEMPAT : ASRAMA YAYASAN SABAH ISKANDARIAH [AYSI]

Kehadiran anda semua adalah amat di alu-alukan.

Sekian.
HARAP MAKLUM.

ANJURAN :  DEMMAS DENGAN KERJASAMA YAYASAN SABAH KAHERAH,EL-ATTAL GROUP COMPANIES , BKPSM , KELAB UMNO KAHERAH , BAHEP & DMSI.






Saturday, October 15, 2011

PENGANGKUTAN FAMILY DAY 2011

Assalamualaikum buat warga BKPSM.

Pengangkutan dari WYSK ke Asrama Yayasan Sabah Iskandariah [AYSI] dan sepanjang program dijalankan disediakan oleh pihak DEMMAS.

Bagi kepada semua peserta kumpulan bagi "Family Day" , pengangkutan disediakan oleh pihak DEMMAS secara PERCUMA !!!


PERHATIAN kepada semua peserta,sila BERI NAMA kepada ketua kumpulan masing-masing.

*Sila klik di sini untuk gambar di Facebook


Sila berkumpul di :

TARIKH   : 16 OKTOBER 2011
MASA       : 4.00 PETANG
TEMPAT  : PERKARANGAN WYSK

*Ketua rombongan : En. Awang Affzainizam [E-jump]
*Sila maklumkan kepada ketua kumpulan untuk bilangan peserta yang hadir.
*Sebarang pertanyaan terus kepada urusetia , ketua kumpulan & wakil setiap kumpulan.
*Sekian.HARAP MAKLUM.

ANJURAN : DEMMAS DENGAN KERJASAMA YSK , EL-ATTAL GROUP , BKPSM , KELAB UMNO KAHERAH & DMSI.

Thursday, October 13, 2011

PERJUMPAAN KETUA KUMPULAN "FAMILY DAY"

Assalamualaikum..

Makluman kepada semua KETUA kumpulan bagi "Family Day" ,perjumpaan akan di adakan pada :

*Sila klik untuk besar.


TARIKH : 14 OKTOBER 2011
MASA : 8.00 MALAM
TEMPAT : SURAU WYSK

*Sila maklumkan pada WAKIL kumpulan sekiranya ketua kumpulan atau timbalan tidak dapat hadir.

*Sekian.HARAP MAKLUM.

Wednesday, October 12, 2011

SENARAI NAMA "FAMILY DAY" BKPSM 2011

*sila klik untuk besar

KUMPULAN 1

[MAHASISWA]

MOHD TARMIDZI GIAL ©
LASAFARUDI LAHADI (V)

[MAHASISWI]

AZLINAH ABDUL GANI ©
NUR HAZIRAH CHE YUSOF (V)


*sila klik untuk besar
KUMPULAN 2

[MAHASISWA]

MOHD KARL KHUSHAIRI AIDY ©
MOHD YUZAIRIE YAHYA (V)
[MAHASISWI]

SALBIAH ASMAN ©
SHUHAILA SHAARI KIMRI (V)






*sila klik untuk besar

KUMPULAN 3

[MAHASISWA]

ABD KAMAL LAIM ©
AFIQ PISINGAN (V)

[MAHASISWI]

NUR ELEENA ABDUL HAMID ©
SHAIMA` ARSYAD (V)


*sila klik untuk besar

KUMPULAN 4

[MAHASISWA]

MOHD ZHARIF AFIF ABDUL GAPAR ©
ISMAIL PARLIN (V)

[MAHASISWI]

NURUL SAKINAH MADIN ©
DAYANA NALI (V)


*sila klik untuk besar

KUMPULAN 5

[MAHASISWA]

AWG. AFZAINIZAM AWG ARIS ©
ZIKRI AULIYA` NASIHIN AMRAH GUMANTY (V)

[MAHASISWI]

ERNA SUZIEANA AG MATUSIN ©
LILY NAZURAH AMJAH (V)


*sila klik untuk besar

KUMPULAN 6

[MAHASISWA]

AZHAR JISMIL ©
DATU AGASI MOHD KAMAL (V)

[MAHASISWI]

NOREEZAN MOHDDIN ©
SAADIAH GAMALING @ MD JANIS (V)



*Tentatif program akan di upload kemudian.
*Harap Maklum.

Friday, September 23, 2011

HARI KELUARGA "FAMILY DAY" BKPSM

Assalamualakum wbt....

Salam ukhuwah salam mahabbah dari warga DEMMAS...saban tahun ada ja peajar baru kan datang...pelajar lama nda kenal pelajar baru..apa lagi pelajar baru mau kenal sama pelajar lama kn..nya orang putih "otai"  laaaa..hahahaaa...

Di kesempatan ni , kami DEMMAS dengan kerjasama YSK  , El-Attal Groups ,Kelab UMNO Kaherah & DMSI menganjurkan program :


PROGRAM : HARI KELUARGA "FAMILY DAY" BKPSM


TARIKH    : 17 , 18 & 19 OKTOBER 2011


TEMPAT   : Istad Gamaah , Syatbi , Iskandariah.
                 : Green Plaza , Smouha , Iskandariah.
                 : Taman Montazah , Montazah , Iskandarah.
                 : Syati` Miami , Miami , Iskandariah.
                 : Syati` As - Safirah , As - Safirah , Iskandariah.


ACARA   : Futsal 6 sebelah.
                 : Bola jaring.
                 : Bowling.
                 : Treasure Hunt.
                 : Sukaneka.
*Aktiviti Tambahan : Paint Ball 5 sebelah [LE 50 /seorang]


YURAN   : EGP 5 / seorang


*sila klik untuk besar



*Sila klik di sini untuk Event di Facebook.


Jadiii....yuk kita ramai2 ke Alex...bekampung di saaaaanaa...heheee


*Penempatan di Asrama Yayasan Sabah Iskandariah [AYSI]


*Untuk makluman Hari Keluarga "Family Day" masih dalam pemerhatian pihak DEMMAS.


*Sebarang PERTUKARAN tarikh akan dimaklumkan.


*Sebarang PEMBATALAN juga akan dimaklumkan.


HARAP MAKLUM.

ANJURAN : DEMMAS DENGAN KERJASAMA YSK , KELAB UMNO KAHERAH & DMSI

Tuesday, September 6, 2011

KISAH SEBUAH MANGKUK

KISAH SEBUAH MANGKUK

Rasulullah SAW, dengan sahabat-sahabatnya Abu Bakar.a.,Umar r.a., Utsman r.a., dan 'Ali r.a., berziarah ke rumah Ali r.a. Di rumah Ali r.a. isterinya Sayidatina Fathimah r.ha. puteri Rasulullah SAW menghidangkan untuk mereka madu yang diletakkan di dalam sebuah mangkuk yang cantik, dan ketika mangkuk madu itu dihidangkan sehelai rambut termasuk di dalam mangkuk itu.
Baginda Rasulullah SAW kemudian meminta kesemua sahabatnya untuk membuat suatu perbandingan terhadap ketiga-tiga benda tersebut.


*gambar hiasan

*gambar hiasan

*Mangkuk

*gambar hiasan

*Madu

*gambar hiasan

*gambar hiasan

*Sehelai rambut


Abu Bakar r.a. berkata,

"Iman itu lebih cantik dari mangkuk yang cantik ini, orang yang beriman  itu lebih manis dari madu, dan mempertahankan iman itu lebih susah dari meniti sehelai rambut"

Umar r.a. berkata,

"Kerajaan itu lebih cantik dari mangkuk yang cantik ini, seorang raja itu lebih manis dari madu, dan memerintah dengan adil itu lebih sulit dari meniti sehelai rambut"

Utsman r.a. berkata,
"Ilmu itu lebih cantik dari mangkuk yang cantik ini, orang yang menuntut ilmu itu lebih manis dari madu, dan ber'amal dengan ilmu yang dimiliki itu lebih sulit dari meniti sehelai rambut"

Ali r.a. berkata,
"Tetamu itu lebih cantik dari mangkuk yang cantik ini, menjamu tetamu itu lebih manis dari madu, dan membuat tetamu senang sampai kembali pulang ke rumanya adalah lebih sulit dari meniti sehelai rambut"



Fatimah r.ha.berkata,

"Seorang wanita itu lebih cantik dari sebuah mangkuk yang cantik, wanita yang ber-purdah itu lebih manis dari madu, dan mendapatkan seorang wanita yang tak pernah dilihat orang lain kecuali muhrimnya lebih sulit dari meniti sehelai rambut"

Rasulullah SAW berkata,

"Seorang yang mendapat taufiq untuk ber'amal adalah lebih cantik dari mangkuk yang cantik ini, ber'amal dengan amal yang baik itu lebih manis dari madu, dan berbuat 'amal dengan ikhlas adalah lebih sulit dari meniti sehelai rambut"

Wallahuta`ala `alam.
Wassalam.

Monday, August 22, 2011

Majlis Penyampaian Cenderahati & Sijil

Program "KELAS PENGAJIAN AGAMA"
Alhamdulillah syukur ke hadrat Ilahi dengan limpah kurnianya,telah berlangsung Program "KELAS PENGAJIAN AGAMA" bermula 14 hingga 20 Ogos 2011.

Program ini di jalankan untuk mahasiswa/wi Sabah yang berada di Mesir.Ia untuk melatih dan memperluaskan lagi ilmu dalam bidang keagamaan dan kedoktoran sebelum mahasiswa/wi bergelar "Graduan".

Di antara matapelajaran yang di ajar ialah :
  • Islam & Perubatan
  • Tajwid
  • Fiqh
  • Sirah Nabawiyyah
  • Tauhid
  • Bahasa Arab [Tatabahasa]

Antara TENAGA PENGAJAR dan PESERTA mahasiswa
Antara TENAGA PENGAJAR dan PESERTA mahasiswi

Program ini telah berlangsung selama seminggu.Pihak Delegasi Mahasiswa/wi Muhafazah Sabah [DEMMAS] mengucapkan jutaan terima kasih yang tidak terhingga kepada Tenaga Pengajar yang tidak pernah jemu untuk menabur bakti pada mahasiswa/wi Sabah sepanjang program dijalankan.Tidak lupa juga kepada Yayasan Sabah Kaherah , Badan Kebajikan Penuntut Sabah Mesir ,Mahasiswi Sabah , AJK Pelaksana Program "KELAS PENGAJIAN AGAMA"  dan kepada semua ahli BKPSM yang terlibat secara langsung mahupun tidak langsung.

Jazakumullahu khairan khathira. 
Salam Ramadhan.

Wassalam.

Pengarah,
Program "KELAS PENGAJIAN AGAMA".

Monday, August 8, 2011

Kelas Agama Bagi Pelajar Perubatan 2011

Bumi Mesir dikenali sebagai tempat yang melahirkan ramai ulama yang disegani dalam dunia Islam. Program ini dirangakan bertujuan untuk meningkatkan pengetahuan agama di kalangan pelajar perubatan di samping memperkasakan penguasaan mereka terhadap istilah-istilah ilmu agama. Amatlah penting bagi para pelajar perubatan untuk turut sama mengambil manfaat daripada majlis-majlis ilmu yang terdapat di Mesir. Antara subjek yang diajarkan ketika program berlangsung seperti ilmu Tajwid, Fekah, Hadis, Bahasa Arab, Tauhid dan Sirah Nabawiyah. Program yang bertemakan "Ilmu Penyuluh Kehidupan" dan bertempat di Surau WYSK ini diharapkan dapat memberikan hasil yang positif kepada para peserta insyaAllah.

Tarikh :  14 - 19 Ogos 2011
Tempat : Dewan Wisma Yayasan Sabah Kaherah

*Terbuka kepada semua warga BKPSM

*Sila klik sini untuk melihat Event di Facebook



 
*Sila klik untuk lihat iklan di Facebook










Monday, January 24, 2011

(SAMBUNGAN)..PETIKAN SEORANG PADERI

Dialog Temubual (Bahagian 1/3):

Pernahkah anda mendengar tentang The Last Pope ?
Pernahkah anda mendengar tentang Pope Roman Peter II ?
Pernahkah anda mendengar tentang Cantus ?
Pernahkah anda mendengar tentang Benidictine Order ?

Di sini saya ingin berkongsi cerita & diharap dengan perkongsian ini sedikit sebanyak dapat membuka mata kita tentang apa yang sebenarnya sedang terjadi,
pada masa sekarang & akan terjadi tidak lama sahaja lagi…


DIALOG YANG DI SALIN SEMULA OLEH SEORANG SAHABAT

" 2 minggu lepas semasa saya di New York, USA,
terjadi 1 peristiwa yang telah mem-brainwash-kan saya,
cerita nya macam ni….."

Semasa saya dan pak cik bersiar2 di kota selepas singgah di sebuah kedai,
pak cik telah tercicir barang yang dia beli,
saya pulak tunggu dia dekat kereta dan terasa nak buang air pulak…
nak cari tandas tanya orang ada dekat situ, masuk je la kan...
gereja pun gereja la tumpang toilet je…
rupanya gereja tu ada buat satu ceremony,
ada orang pakai jubah dan topi segitiga,
tengok air muka macam yahudi jer…lantak la…

Bila sampai rumah pak cik aku,
orang yang pakai jubah tu jadi jiran pulak…
selang 2 rumah jer…

2 minggu aku dah spy dan tegur orang ni…
takda apa pun hidup macam orang biasa je…
sampai la 1 topik perbualan tu…

aku: saya ada nampak pak cik kat gereja tu,
tak nampak macam sembahyang, macam majlis konvo pulak..ada apa ?

Bishop: oh! yang tu…memang majlis konvo untuk paderi baru..yang pakai jubah putih tu JESUIT PRIEST

aku: siapa tu bunyi macam best je ? good looking…macam educated je…

( jiran aku senyum sampai ke pipi, macam nk ketawa tapi tak ketawa pun)

Bishop: hmmm…orang islam, 1000 orang ulama Islam baru bersamaan dengan 1 orang JESUIT PRIEST.

aku: pasal apa pulak?

Bishop : orang yg pandai, hebat yg ada tag name di depan mereka professor,doktor etc. tu..dengan kata2 yang hebat penuh ilmu dan fakta dan teori yang hebat tu ADALAH PERBUALAN HARIAN KAMI 700 TAHUN DAHULU…kemudian kami membuatkan bagaimana mahu hasilkan orang yang seperti professor,doktor dan mereka semua tu…Kebijaksanaan mereka tidak akan lari dari tujuan ilmu itu kami hasilkan… seluas mana pun ia berkembang ia sebenarnya di bawah tujuan kami, cuma mata mereka melihat ia berubah-ubah…

( bishop roman katolik tu sebenarnya seorang jiran saya yang memang ada link organisasi dengan Gereja Vatican dekat Rom.)

Mungkin ada pembaca yang masih belum mengetahui apakah itu Jesuit.


Jesuit adalah 1 aliran keagamaan di dalam Gereja Roman Katolik ataupun disebut Gereja Rom...


Aliran ni pada zahirnya menjalankan misi keagamaan atas nama Jesus dan Kristian,tapi sebenarnya mempunyai agenda tertentu yang amat jahat lagi licik,lebih2 lagi Jesuit adalah antara pembantu yang paling penting dan besar peranannya kepada Lucifer = Iblis dan rakan kongsinya Al-Masih Dajjal.

Ini kerana Jesuit adalah antara elemen penting dalam membangunkan plan besar New World Order yang termasuk di dalamnya Freemasonry dan Zionis Antarabangsa.

aku; tapi kan…bukan ke universiti dan gereja tu berasingan,tak campur organisasi ?…lagi pun macammana pulak paderi2 ni boleh transfer ilmu..tak nampak pun paderi jadi lecturer dekat mana2 universiti dekat dunia ni…dekat kampung saya malaysia lagi la tak ada…paderi kat malaysia kejanya sembahyang je kan…?

Bishop; masa pra-kemerdekaan wilayah2 jajahan eropah seperti kamu….
pemimpin2 kamu yg memperjuangkan kemerdekaan tu telah BELAJAR DENGAN ORANG YANG KAMI AJARKAN….cuba kamu perhatikan cendekiawan,ahli falsafah,ilmuan yang NAMA MEREKA TERPAHAT DI DINDING2 SEKOLAH TU…apa yang guru2 kamu katakan pada waktu tu?

aku; apa ek…..yang saya ingat la… dorang tu semua orang yang geliga kepala otak tak ingat dunia,dorang tu pengasas ilmu dan dorang tu jadi macam tu sebab wujud perasaan ingin tahu yg sangat mendalam dalam jiwa.

Bishop; saya pasti apa yg awak cakap itu mesti tercetak di buku2 teks sekolah

aku; betul….mana pakcik tau ni?

(peh…dia wat lagi kn… ketwa tapi macam tak ketawa)

Bishop ; pejuang kemerdekaan lah yang bawa nama mereka supaya di kenalkan kepada kanak2 lg,supaya mereka mengagumi ANAK MURID KAMI..

aku; kenapa gereja nak mereka respect dengan cendekiawan2 barat?…macam pak cik kan ahli gereja,kenapa tak letak nama pak cik je kan senang..pak cik jugak yang glamour nanti…

Bishop ; kami tidak mahu mereka tahu ilmu2 yang diajar dari sekolah hingga universiti tu adalah ilmu kami..Kami reka keadaan yang menampakkan ilmu itu muncul secara spontan,kami mahu mereka rasa ilmu itu seolah-olah bukan datang dari kebijaksanaan agama.

aku; ish…betul jugak, masa saya sekolah dulu pun saya rasa seperti semua orang mampu kalau ada sifat ingin tahu..cikgu sekolah yang ajar.

Bishop ; sifat ingin tahu itu sebenarnya tidak wujud dalam diri cendekiawan barat…
KAMI YG RANCANG SUPAYA ANDA BERFIKIR SePERTI ITU..
Masa kan manusia sedunia yang pelbagai kaum dan agama mahu belajar ilmu di universiti jika mereka tahu ia adalah perancangan gereja ?

aku; bunyinya macam gereja ada kaitan dengan zaman penjajahan ke atas seluruh dunia macam british,belanda,spanyol,prancis dll…betul ke?

Bishop ; BETUL….

(maaf..terpaksa rahsiakn nama bishop ni,sebab penulis asal dah janji takkan bagitahu pada sesiapa kalau dia sudi cerita pada penulis asal..utk keselamatan penulis asal jugak..)

Renungkan sebentar perbualan di atas dan terjemah kan nya mengikut pemikran yang sihat..

Ok...Sebenarnya apa yang dicakapkan oleh Bishop itu adalah Protocol Of Zion No. 4 dan Protocol Of Zion No. 9

Protocol Of Zion No. 4

It is for this reason that we must undermine faith, eradicate from the minds of the Gentiles the very principles of God and Soul, and replace these conceptions by mathematical calculations and material desires.

Protocol Of Zion No. 9


We have fooled, bemused and corrupted the youth of the 'Gentiles' by rearing them in principles and theories whick are known to us to be false although it is that it is that they have been inculcated.


*boleh rujuk http://www.biblebelievers.org.au/przion3.htm @ kalau rajin tengok di bookstore tentang JEWISH and ask them wanna buy book pasal The Protocols of Zion...sure dorg kat kedai buku tu tersentap cz tanya pasal buku tu..


BERSAMBUNG....

Monday, January 17, 2011

Laporan lawatan Pegawai WYSK ke Zaqaziq

Pada 10 Januari bersamaan hari Isnin yang lepas, Pegawai Wisma Yayasan Sabah Kaherah Encik Sabli Aliju telah mengadakan lawatan ke Zaqaziq bertempat di kediaman pelajar Tahun Satu. Ditemani oleh dua orang rakan sejawatan iaitu Pegawai Negeri Perak dan Pegawai Wilayah Persekutuan, rombongan selamat sampai ke bumi Zaqaziq lebih kurang pada pukul 4.30 petang.

Majlis dimulakan dengan solat Maghrib berjemaah diikuti oleh ucapan Pengerusi DMSZ sesi 2011 iaitu Dr. Khairul Anwar Limat. Majlis yang dipengerusikan oleh Dr. Afnan diteruskan lagi dengan ucapan tetamu kehormat yang memainkan peranan selaku bapa kepada pelajar-pelajar Sabah di bumi Mesir. Sesi ta’aruf kemudiannya menyusul dan sedikit jamuan mengakhiri majlis pada petang itu.

Encik Sabli bertandang ke bumi Zaqaziq bagi mentadbir urusan pelajar-pelajar baru di sini khususnya dan pelajar tahun dua, tiga dan lima amnya. Meskipun bukan kesemua pelajar tersebut bernaung di bawah Kerajaan Negeri Sabah dan Yayasan Sabah khasnya, namun beliau tetap menunjukkan keperihatinan secara menyeluruh tanpa mengira perbezaan-perbezaan yang wujud.

DMSZ kini menaungi seramai 68 orang ahli dari jurusan Perubatan dan Farmasi. Pelajar tajaan Yayasan Sabah, Jabatan Perkhidmatan Awam Negeri dan juga pelajar yang bernaung di bawah ejen mewarnai variasi anak Sabah di bumi Zaqaziq. Didoakan semoga semua ahli DMSZ bekerja keras untuk sesi peperiksaan yang bakal tiba selepas cuti musim sejuk ini.

Kami dari pihak DMSZ memohon sejuta kemaafan di atas kekurangan yang terdapat sepanjang majlis lantaran hari kuliah dan informasi yang lambat diterima.

Berikut beberapa buah gambar yang sempat diabadikan sepanjang berlangsungnya majlis.



Dokturah


Lambang kebanggaan Mesir


Solat jemaah


Ucapan Pengerusi

Ucapan Pegawai; Encik Sabli

Generasi Doktor Muslim

Dokturah Muslimah

Sesi ta'aruf

Faces of Zaqziqiyyun


Sekian laporan daripada DMSZ, doakan kecemerlangan kami menjelang peperiksaan selepas Winter Break ini.

Saturday, January 15, 2011

(SAMBUNGAN)..PETIKAN SEORANG PADERI

SESI PENGENALAN:

Iblis

Adalah keturunan makhluk Jin dan merupakan musuh kepada makhluk manusia semenjak beliau dilaknat oleh Allah,
akibat dari kesombongan beliau yang tidak mahu tunduk hormat kepada Nabi Adam.
Bermula daripada sangkaan buruk Iblis terhadap penciptaan Nabi Adam,
sehinggalah akhirnya beliau menaruh dendam terhadap keturunan Nabi Adam (iaitu manusia hari ini) ,dan berjanji untuk menyesatkan seluruh keturunan manusia ini sehinggalah ke hari kiamat.

(hari itu akan tiba tak lama lagi melalui tanda-tanda di sekeliling kita)

Inilah musuh-musuh ALLAH yang tak pernah putus asa untuk menyesatkan keturunan manusia terutamanya Umat Islam (kerana penganut agama ini masih di jalan yang benar),dan di antaranya adalah Iblis, Syaitan, Dajjal dan kuncu-kuncunya yakni Yahudi dan Nasrani.


'Sesungguhnya syaitan itu adalah musuh yang nyata bagimu,
maka jadikanlah ia musuh(mu),
karena sesungguhnya syaitan-syaitan itu hanya mengajak golongannya supaya mereka menjadi penghuni neraka yang menyala-nyala'.


Al-Quran
Surah Al-Fathir
Ayat 6


Di dalam surah lain pula Allah berfirman yang bermaksud:

"Iblis menjawab:
“Kerena Engkau telah menghukum aku tersesat,
aku benar-benar akan menghalang mereka daripada mengikut jalan Engkau yang lurus.”
Kemudian aku akan mendatangi mereka dari arah hadapan dan dari belakang,
dari kanan dan dari kiri mereka.
Dan Engkau tidak akan dapati kebanyakan mereka tidak bersyukur.”


Al-Quran
Surah Al-Araf
Ayat 16-17


'Hai anak Adam !
Janganlah sekali-kali kamu dapat ditipu oleh syaitan,
sebagaimana dia telah mengeluarkan kedua ibu-bapa kamu (Adam dan Hawa) dari syurga,
ia menanggalkan kedua-duanya pakaiannya untuk memperlihatkan kedua-dua auratnya.
Sesungguhnya dia ( Iblis ) dan pengikut-pengikutnya (Syaitan) melihat kamu dari suatu tempat yang kamu tidak boleh melihat mereka.
Sesungguhnya Kami telah menjadikan syaitan-syaitan itu pemimpin-pemimpin bagi orang-orang yang tidak beriman.'


Al-Quran
Surah Al Araf
Ayat 27


BERSAMBUNG....
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...