Wednesday, January 13, 2010

Salam Imtihan


Pihak DEMMAS ingin mengucapkan Selamat menduduki imtihan fasa pertama kepada semua warga BKPSM. BitTaufiq WanNajaah

Tuesday, January 5, 2010

Majlis Bacaan Yaasin di Dumyat..

BismillahiRrahmaniRraheem..

DUMYAT, KHAMIS – Kira-kira 200km ke utara kaherah di sebuah bandar yang berhampiran dengan Laut Mediteranean telah berlangsung satu majlis bacaan yaasin yang telah dianjurkan oleh Delegasi Muhafazah Mahasiswa Sabah Dumyat [DMMD] dengan kerjasama Delegasi Muhafazah Mahasiswa/wi Sabah [DEMMAS] sempena peperiksaan yang bakal menjelma tidak lama lagi.

Majlis Bacaan Yaasin Sedang berlangsung


Majlis ini telah dihadiri oleh Ketua Delegasi Muhafazah Mahasiswa/wi Sabah [DEMMAS] serta anak-anak negeri Sabah yang berada di Dumyat. Bacaan Yaasin telah diketuai oleh Saudara Mohd Firdaus mahasiswa Fakulti Usuluddin Tahun 2 Universiti Al-Azhar Mesir Cawangan Dumyat. Majlis ini telah diadakan di Bait “Saad Bin Abi Waqas” di Dumyat Jadidah [Dumyat Baru].


Sedang khusyuk membaca Yaasin


Majlis ini diserikan lagi dengan ucapan dari Ketua Delegasi Muhafazah Mahasiswa/wi Sabah [DEMMAS] oleh Saudara Suhaili Said. Majlis penutup telah dilengkapi dengan Majlis Kenduri Doa Selamat di atas permintaan Saudara Mohd Iqbal mahasiswa Fakulti Syariah Universiti Al-Azhar Mesir Cawangan Dumyat. Majlis ini telah berakhir pada jam 10 malam dengan acara jamuan.


Sdr Shahri berserta Sdr Iqbal dan Sdr Rahim sedang sibuk di dapur menyediakan juadah..



Akhir sekali,pihak Delegasi Muhafazah Mahasiswa/wi Sabah [DEMMAS] ingin mengucapkan setinggi-tinggi ucapan terima kasih kepada Delegasi Muhafazah Mahasiswa Sabah Dumyat [DMMD] yang telah menganjurkan program ini dengan jayanya. Tidak lupa juga kepada individu-individu yang terlibat dalam menjayakan program ini. Diharap di masa akan datang akan diadakan lagi program-program yang bermanfaat.i’Allah

Juadah yang ala kadar disajikan sempena majlis tersebut..
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...