Monday, January 17, 2011

Laporan lawatan Pegawai WYSK ke Zaqaziq

Pada 10 Januari bersamaan hari Isnin yang lepas, Pegawai Wisma Yayasan Sabah Kaherah Encik Sabli Aliju telah mengadakan lawatan ke Zaqaziq bertempat di kediaman pelajar Tahun Satu. Ditemani oleh dua orang rakan sejawatan iaitu Pegawai Negeri Perak dan Pegawai Wilayah Persekutuan, rombongan selamat sampai ke bumi Zaqaziq lebih kurang pada pukul 4.30 petang.

Majlis dimulakan dengan solat Maghrib berjemaah diikuti oleh ucapan Pengerusi DMSZ sesi 2011 iaitu Dr. Khairul Anwar Limat. Majlis yang dipengerusikan oleh Dr. Afnan diteruskan lagi dengan ucapan tetamu kehormat yang memainkan peranan selaku bapa kepada pelajar-pelajar Sabah di bumi Mesir. Sesi ta’aruf kemudiannya menyusul dan sedikit jamuan mengakhiri majlis pada petang itu.

Encik Sabli bertandang ke bumi Zaqaziq bagi mentadbir urusan pelajar-pelajar baru di sini khususnya dan pelajar tahun dua, tiga dan lima amnya. Meskipun bukan kesemua pelajar tersebut bernaung di bawah Kerajaan Negeri Sabah dan Yayasan Sabah khasnya, namun beliau tetap menunjukkan keperihatinan secara menyeluruh tanpa mengira perbezaan-perbezaan yang wujud.

DMSZ kini menaungi seramai 68 orang ahli dari jurusan Perubatan dan Farmasi. Pelajar tajaan Yayasan Sabah, Jabatan Perkhidmatan Awam Negeri dan juga pelajar yang bernaung di bawah ejen mewarnai variasi anak Sabah di bumi Zaqaziq. Didoakan semoga semua ahli DMSZ bekerja keras untuk sesi peperiksaan yang bakal tiba selepas cuti musim sejuk ini.

Kami dari pihak DMSZ memohon sejuta kemaafan di atas kekurangan yang terdapat sepanjang majlis lantaran hari kuliah dan informasi yang lambat diterima.

Berikut beberapa buah gambar yang sempat diabadikan sepanjang berlangsungnya majlis.



Dokturah


Lambang kebanggaan Mesir


Solat jemaah


Ucapan Pengerusi

Ucapan Pegawai; Encik Sabli

Generasi Doktor Muslim

Dokturah Muslimah

Sesi ta'aruf

Faces of Zaqziqiyyun


Sekian laporan daripada DMSZ, doakan kecemerlangan kami menjelang peperiksaan selepas Winter Break ini.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...