TUGAS DEMMAS

Di antara peranan Delegasi Muhafazah Mahasiswa/wi  Sabah adalah :


  • Merangkap sebagai badan perhubungan cawangan luar Kaherah
  • Bertanggungjawab menguruskan hal kebajikan mahasiswa/wi Sabah di luar Kaherah
  • Menyelaraskan aktiviti cawangan luar kaherah dengan biro-biro yang lain
  • Memantau perkembangan hal ehwal semasa ahli BKPSM di luar Kaherah
  • Mewakili Yang Dipertua dalam urusan rasmi yang melibatkan urusan di luar Kaherah

Untuk pengetahuan semua, mahasiswa/wi Sabah di luar kaherah buat masa ini terbahagi kepada mereka yang mengikuti pengajian Islam dan juga pengajian Perubatan sama ada di universiti Al-Azhar mahupun universiti-universiti tempatan di Mesir ini.

Sebagai contoh  Universiti Mansurah, Universiti Zagazig, Universiti Tanta dan Universiti Iskandariah.

Dan bilangannya semakin bertambah hari demi hari.

Oleh kerana itu, wujudnya satu biro yang mewakili mahasiswa/wi Sabah di luar kaherah ini bagi menjamin hal-ehwal yang berkaitan dengan ahli BKPSM di luar kaherah ini terjamin.


DEMMASkini 2012/2013
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...