Saturday, April 6, 2013

Lawatan AJKT BKPSM ke Tanta


5 April yang lalu, bumi Tanta telah menerima kunjungan daripada barisan AJKT BKPSM. Majlis ramah mesra di antara para pelajar Sabah di Tanta, wakil PERUBATAN Tanta dan DPMT telah dilangsungkan di Dewan Perubatan Tanta.

Majlis telah dimulakan dengan ramah mesra bersama wakil persatuan PCT dan DPMT pada pukul 10.30 pagi. Antara intipati ucapan yang telah disampaikan oleh presiden dan pengerusi ketiga-tiga persatuan tersebut adalah untuk menguatkan lagi hubungan silaturrahim dan mengekalkan hubungan kerjasama diantara persatuan tersebut.

Majlis berhenti rehat pada jam 12.00 tengah hari untuk memberi laluan bagi solat Jumaat.

Majlis telah disambung semula pada jam 2.00 petang dengan program ramah mesra bersama anak-anak Sabah yang belajar di Tanta. Ketua Delegasi Mahasiswa Sabah Tanta iaitu saudara Abdul Aziz Bin Raman memulakan majlis dengan memberikan ucapan alua-aluan disusuli dengan ucapan Yang Di Pertua BKPSM, Mohd Shahrizal Bin Sabal dan Ketua DEMMAS, Mohd Hafizudin Bin Baharom. Seterusnya, sesi soal jawab telah diadakan dan pelbagai permasalahan telah disampaikan kepada barisan kepimpinan BKPSM dari segi pembelajaran hinggalah masalah biasiswa.

Majlis diakhiri pada pukul 4.30 petang dengan jamuan ringan dan sesi bergambar.

Berikut adalah gambar-gambar yang sempat diabadikan





No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...