Friday, October 28, 2011

PERUTUSAN AKHIR DEMMAS

Assalamualaikum w.b.t

Alhamdulillah syukur ke hadrat Ilahi semusim kita bersama menempuhi saat-saat manis , masin , masam , pahit , luka , gembira , ketawa , senda gurau dan sewaktu denganya.

Setiap permulaan pasti ada pegakhiranya,setiap ayat pasti ada noktahnya,setiap hujung pasti ada pangkalnya, setiap awal pasti ada akhirnya.Begitulah setiap jawatan yang disandang pasti ada penggantinya.

Motif tujuan utama saya selaku menjadi ketua DEMMAS  musim ini hanya untuk menyampaikan apa yang saya perolehi semasa saya pernah memegang jawatan sebelum ini di Malaysia.Namun,tanggapan saya sedikit tersasar."Mesir dan Malaysia jauh berbeza".Cara untuk mempraktikan apa yang diperolehi di Malaysia ternyata berbeza sekiranya untuk dipraktikkan di Mesir.


Terutamanya dari segi  Masa ,Bahasa ,Budaya ,Kawasan ,Persekitaran dan cara pengendalian pelajar berbeza berbanding di Malaysia. Namun, salah satu perkara yang memudahkan dalam mengatur aktivit-aktiviti dan events yang akan di langsungkan adalah melalui online [facebook , blog etc] mahupun secara  direct [face 2 face atau colling2].

Terima kasih kepada semua ahli BKPSM yang menyupport DEMMAS semusim ini.Tidak lupa juga kepada Yayasan Sabah Kaherah , El-Attal Groups Companies , Kelab UMNO Kaherah , DMS Iskandariah , DMS Tanta , DMS Damanhur , DMS Mansurah , DMS Dumyat , DMS Zaqziq yang banyak membantu dalam menjayakan program-program DEMMAS dan kepada individu-individu yang terlibat secara langsung mahupun tidak langsung.


Akhir kalam dari saya wakil bagi Delegasi Muhafazah Mahasiswa/wi Sabah [DEMMAS] memohon jutaan kemaafan sekiranya ada di antara aktiviti-aktiviti yang kami rancang dan tidak dapat dilaksanakan sepenuhnya.Kita hanya merancang,namun Allah yang menentukan segalanya.

Tidak lupa juga kepada orang kampung dan seluruh warga BKPSM silalah support  BKPSM dan sesiapa sahaja yang bakal memimpin DEMMAS dengan sepenuhnya. 

"Dari Kita Untuk Kita".


Sekian.Wassalam.


"UKHUWAH MERENTASI SEMPADAN"

"JIL MANSYUD PENERAJU UMMAH"


Dari kami,

Barisan kepimpinan ,

Delegasi Muhafazah Mahasiswa/wi Sabah,

Sesi 2010/2011.

*Salah satu gambar pilihan DEMMAS yang menjadi kenangan musim ini.


No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...