Thursday, November 17, 2011

Muqaddimah Dari Muhafazah



Alhamdulillah Rabb seluruh alam...yang mengizinkan bumi ini ber-khalifah dan tiadalah manusia itu melainkan sebenar-benar khalifah dan selawat dan salam ke atas Rasulullah S.A.W utusan Allah untuk kita umat-umatnya di akhir zaman..

28 Oktober tinggalan sejarah sekitar 2 minggu lalu telah mencerna sekali lagi,seperti yang tahun-tahun sebelumnya perhimpunan pelajar-pelajar Sabah dalam Mesyuarat Agung Tahunan Badan Kebajikan Sabah Mesir kali ke-29 .

Perhimpunan yang menyaksikan kunjungan bukan sekadar pelajar-pelajar Kaherah malahan pelajar-pelajar dari muhafazah yang berlainan,semuanya semata-mata untuk menjayakan bentukkan ajkt BKPSM baru bagi sesi-2011/2012.

Jujur,perlantikan sebagai peneraju Delegasi Mahasiswa Mahasiswi Sabah sesi-2011/2012 bukanlah satu jawatan yang boleh dibuat ala-kadar melainkan bahu semakin memikul rasa kepercayaan.Terasa menjadi harapan dan rasa dipercayai,itulah rasa utama yang sentiasa menyokong untuk Demmas kali ini bergerak sebagai biro yang mendengar kebajikan kawan-kawan yang duduk tinggal dan belajar terutamanya di sekitar Dumyat,Iskandariah,Zaqazik,Tanta dan Mansourah disamping berusaha merancang aktiviti dan program yang dapat mengisi masa lapang selain memelihara silah ar-rahim sesama kita ahli BKPSM.
Menyebut tentang program dan aktiviti tahun ini,Demmas menganggarkan pengisian yang terbaik dan dari itu juga,Demmas kali ini bersifat terbuka untuk mendengar pendapat-pendapat dari orang furu’ khasnya untuk mengadakan program atau aktiviti dari kalian sendiri bersesuaian dengan masa lapang dan tempat tertentu dan kami akan cuba mengusahakan dan mempertimbangkannya.

Akhirul kalam,ini lah muqaddimah saya selaku ajkt Demmas fatrah kali ini,muqaddimah yang dikarang semata-mata untuk mengucapkan terima kasih dan terlalu berterima kasih atas kesudian memberi kepercayaan.Insya Allah,dengan kerjasama kawan-kawan sekalian terutamnya orang-orang furu'..kami warga ajk Demmas dan biro-biro lain sedia menjana yang terbaik untuk kemaslahatan kita semua.

Sekian & salamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.


Sekadar renungan....

Saidina Umar pernah berkata,''Tiada Islam yang sebenar melainkan dengan jemaah,tiada jemaah yang sebenar melainkan dengan pemimpin,dan tiada pemimpin yang sebenar melainkan dengan ketaatan.''


Ketua Demmas 2011/2012
Mohd Shahrizal Sabal

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...