Wednesday, December 22, 2010

Selamat Tahun Baru & Selamat Menduduki Peperiksaan

Assalamualaikum..

Kepada semua ahli BKPSM yang berada di ard kinanah.Di sini DEMMAS ingin mengucapkan



"SELAMAT TAHUN BARU 2011"


Tidak ketinggalan juga peperiksaan bakal menjelang tidak lama lagi.Keadaan cuaca juga yang mengindahkan lagi suasana sekeliling kita ini yang membuatkan kita leka bersama tilam,bantal dan si lihaf.



"SELAMAT MENDUDUKI PEPERIKSAAN"

Oleh itu,marilah kita sama-sama berusaha bagi meningkatkan lagi mutu usaha dan prestasi pembelajaran kita untuk masa depan kita dan tidak ketinggalan juga menjaga kebajikan kita bagi menjamin kehidupan di dunia dan akhirat kelak.Tidak ketinggalan juga untuk sama-sama kita menjaga kesihatan kita ketika musim sejuk ini kerana musim sejuk di Mesir berbeza sejuknya berbanding di negara kita sendiri.

Di sini tidaklah ingin dipanjangkan kalam,hanya untuk mengucapkan  

"SELAMAT TAHUN BARU 2011"
&
"SELAMAT MENDUDUKI PEPERIKSAAN SESI 2010/11"

"BITTAWFIQ WANNAJAH" 

Marilah kita sama-sama berdoa untuk kejayaan kita bersama.Amin.

Sekian.

Sunday, December 5, 2010

DMS Tanta di The Apple`s

Salam untuk semua warga DEMMAS.Terutamanya warga DMS Tanta.Walaupun ahli DMS Tanta kita ada 26 orang,namun yang dapat hadir dalam perjumpaan DMS Tanta sepertimana wajah-wajah yang ada dalam pic bawah...sorry la mybe last minute kn kna kasitaw...awal tu plan d KFC  Awal Nuhas,Tanta...tp d sebab kn kerumitan yg nda dpt di elak kn...scr secepat kilat nya d ubah tmpt..so ada 2 urg yg ketinggalan d KFC tu..mybe dtg lambat kali rr...hohoooo..


 ketika bermeeting kunun2
 

c Ayub menaip kertas kerja (hehe...tp sambil snyum2...)
 
sambil menunggu pitzas(lambat btullll....)kami bg la ucapan2 kunun2...

yaaaa....when pitzas ready...
menu : Apple`s pitzas n Seafood pitzasss...nyum2...tp kureng la jua rasanya..
epsclly seafood tu..hohoooo 
 dari kanan :  
Ms. Maya,Mr. Ayub,Mr. Guntur,Mr. Hai,Mr. Abd Salim (sori full name..heheee),Ms. Qai,Ms.Arni


opsss...surg lg...sblh Mr. Hai..c Mr. Acha (nda silap la nick name nye cm atu..hoohooo)
 

makan2 tyme...zzzzzzzzzzzzzzzz

 bha utk semua warga DMS Tanta..nnt law da can lg kta buat kasi ramai2 br best...k la..smpai cni ja la dlu...lewat mlm suda ni...br pas class bha ni (ayat2 tunjuk kn yg author ni study...wahahahaaa)...k la da masa da can kta kasi jumpa smua satu kmpung..kasi gegar restoran Arab tuuuu...hahahaaaa

k salam all`z.... 

Saturday, December 4, 2010

Perjumpaan DMST

Makluman utk semua Delegasi Mahasiswa/wi Muhafazah Tanta (DMST)...isuk ada pejumpaan secara inda formal kita tu sepertimana di bawah ini :

Tarikh : 04 DEC 2010 (Sabtu)
Masa   : 6.00 petang
Tempat : KFC Tanta

So...utk sesiapa yang berminat...bule la rujuk sm DR Ayub utk makluman seterusya...

*kelebihan kita buat ni utk kenal2 urg kampung kita ja bha ni...cz betambah ramai suda d kampung kita ni urg kita...
*so amik la manfaat ini utk kenal urg kampung sendiri kn kn kn...kira mcm sesi ta`afur  sambil makan2 datuk janggut putih..heheee
*jgn lupa bayar LE10 @ kalau mau kasi lebih2 pn ok ja tu.....cz utk kita makan2 jua tu nnt...heheeee...ok c yaaa...

Sunday, November 21, 2010

LAWATAN AJKT BKPSM

Lawatan AJKT BKPSM telah di rencanakan sebagaimana berikut :

PROGRAM : LAWATAN MAHABBAH AJKT BKPSM KE ISKANDARIAH

TARIKH : 26 NOVEMBER 2010 (JUMAAT)

TEMPAT : ASRAMA YAYASAN SABAH ISKANDARIAH (AYSI)

Tindakan : Untuk makluman ahli BKPSM.

Sekian , harap maklum.


ANJURAN : DEMMAS dengan kerjasama DMSI

Friday, November 12, 2010

Mesyuarat AJK DEMMAS

*Mesyuarat AJK DEMMAS akan di adakan pada :
   
  • TARIKH  :  15 NOVEMBER 2010 (ISNIN)
  • MASA      :  1900 / 0700 Malam
  • TEMPAT :  Maktabah WYSK Cairo


*Tentatif :

  • Taqwim DEMMAS
  • Aktiviti tahunan
  • Hal-hal lain


KEHADIRAN ADALAH WAJIB DAN AMAT DI HARAPKAN.

Sekian.

Thursday, November 11, 2010

Peralihan Jawatan

*DEMMASkini dalam peralihan jawatan.Oleh itu,editor untuk blog ini akan di kemaskini secepat mungkin.

Harap Maklum.

Sunday, March 21, 2010

Rehlah Ke Alexandria

Pada 17 - 19 Mac 2010, Delegasi Muhafazah Mahasiswa/Wi Sabah telah mengadakan satu rehlah ke Alexandria. Antara tempat yang dilawati adalah di Kubu Qaitbay, Maqam Abu Abbas, Romanian Theatre, Maktabah Alexandria, dan juga Taman Muntazah.
Program ini bukan hanya dihadiri setakat pelajar dari Alexandria bahkan luar daripada Alexandria seperti Dumyat dan Mansurah.

Sesi Ta'aruf berlangsung

Kenangan di Istana Raja Farouk

Sesi pelajar baru memperkenalkan diri

Ucapan daripada Ketua DEMMAS


Pemandangan sekitar Taman Muntazah:





Taklimat sebelum makan tengah hari

Sebelum majlis jamuan makan tengah hari

Saturday, March 6, 2010

Rehlah Alexandria


-Jumlah bayaran yang dikenakan merangkumi penginapan, pengangkutan(tambang pergi-balik ke tempat masing-masing), makanan, dan bayaran masuk ke tempat-tempat yang dilawati

-Penyertaan adalah terhad dan tutup pada 14 mac 2010

-Bagi peserta dari Kaherah, pengangkutan ke Iskandariah akan menaiki keretapi manakala peserta dari muhafazah lain akan ditentukan mengikut keadaan semasa

-Untuk maklumat lanjut sila hubungi:
Suhaili : 010-9296175
Shahrizal : 019-9414490

Wednesday, January 13, 2010

Salam Imtihan


Pihak DEMMAS ingin mengucapkan Selamat menduduki imtihan fasa pertama kepada semua warga BKPSM. BitTaufiq WanNajaah

Tuesday, January 5, 2010

Majlis Bacaan Yaasin di Dumyat..

BismillahiRrahmaniRraheem..

DUMYAT, KHAMIS – Kira-kira 200km ke utara kaherah di sebuah bandar yang berhampiran dengan Laut Mediteranean telah berlangsung satu majlis bacaan yaasin yang telah dianjurkan oleh Delegasi Muhafazah Mahasiswa Sabah Dumyat [DMMD] dengan kerjasama Delegasi Muhafazah Mahasiswa/wi Sabah [DEMMAS] sempena peperiksaan yang bakal menjelma tidak lama lagi.

Majlis Bacaan Yaasin Sedang berlangsung


Majlis ini telah dihadiri oleh Ketua Delegasi Muhafazah Mahasiswa/wi Sabah [DEMMAS] serta anak-anak negeri Sabah yang berada di Dumyat. Bacaan Yaasin telah diketuai oleh Saudara Mohd Firdaus mahasiswa Fakulti Usuluddin Tahun 2 Universiti Al-Azhar Mesir Cawangan Dumyat. Majlis ini telah diadakan di Bait “Saad Bin Abi Waqas” di Dumyat Jadidah [Dumyat Baru].


Sedang khusyuk membaca Yaasin


Majlis ini diserikan lagi dengan ucapan dari Ketua Delegasi Muhafazah Mahasiswa/wi Sabah [DEMMAS] oleh Saudara Suhaili Said. Majlis penutup telah dilengkapi dengan Majlis Kenduri Doa Selamat di atas permintaan Saudara Mohd Iqbal mahasiswa Fakulti Syariah Universiti Al-Azhar Mesir Cawangan Dumyat. Majlis ini telah berakhir pada jam 10 malam dengan acara jamuan.


Sdr Shahri berserta Sdr Iqbal dan Sdr Rahim sedang sibuk di dapur menyediakan juadah..



Akhir sekali,pihak Delegasi Muhafazah Mahasiswa/wi Sabah [DEMMAS] ingin mengucapkan setinggi-tinggi ucapan terima kasih kepada Delegasi Muhafazah Mahasiswa Sabah Dumyat [DMMD] yang telah menganjurkan program ini dengan jayanya. Tidak lupa juga kepada individu-individu yang terlibat dalam menjayakan program ini. Diharap di masa akan datang akan diadakan lagi program-program yang bermanfaat.i’Allah

Juadah yang ala kadar disajikan sempena majlis tersebut..
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...