Sunday, December 16, 2012

Lawatan AJKT BKPSM Ke Mansurah


      Pada 14 Disember 2012 bersamaan hari Jumaat yang lepas, barisan AJKT BKPSM sesi 2012/2013 telah bertandang ke Mansurah di atas undangan daripada warga Delegasi Mahasiswa Mahasiswi Sabah Mansurah (DMSM). Perjumpaan bersama anak-anak Sabah Mansurah ini telah diadakan di Wisma Yayasan Terengganu. 

     Majlis dimulakan pada jam 7.00pm dengan bacaan doa oleh ketua Biro Dakwah & Tarbiah iaitu Ustaz Muhammad Hafif Bin Hanaffi. Kemudian, majlis yang dipengerusikan oleh saudara Abdullah Ikram diteruskan lagi dengan ucapan Yang Di Pertua BKPSM, saudara Mohd Shahrizal bin Sabal dan Ketua Delegasi Mahasiswa/Mahasiswi 
Muhafazah Sabah iaitu saudara Mohd Hafizudin Bin Baharom.

     Seterusnya, pengarah program pada malam itu, saudara Mohd Azmy Bin Hamron menyampaikan ucapan beliau dan memaklumkan bahawa tujuan perjumpaan atau gathering diadakan adalah untuk saling mengenali adik-adik tahun 1 dan memperkenalkan mereka terhadap barisan AJKT BKPSM seterusnya mengeratkan lagi hubungan silaturrahim diantara anak-anak Sabah yang berada di Mansurah tidak kira senior mahupun junior. Sesi ta'aruf kemudiannya menyusul dan diikuti dengan sedikit jamuan.

      Diakhir program, warga Mansurah telah bermain beberapa permainan atau game yang melibatkan kesemua ahli untuk lebih mengenali sesama mereka. Di atas kekangan masa yang dihadapi, rombongan AJKT BKPSM terpaksa bertolak ke Kaherah pada jam 9.30pm diatas sebab-sebab yang tidak dapat dielakkan.

     K
ami daripada barisan AJKT BKPSM, ingin mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan ribuan terima kasih atas kesudian keluarga Sabah Mansurah menjemput kami ke majlis ramah mesra yang gilang-gemilang tersebut. semoga ikatan ukhuwah yang terjalin kekal teguh insyaAllah.

Berikut adalah beberapa gambar yang sempat diabadikan sepanjang program berlangsung.







Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...