Saturday, April 6, 2013

Lawatan AJKT BKPSM ke Tanta


5 April yang lalu, bumi Tanta telah menerima kunjungan daripada barisan AJKT BKPSM. Majlis ramah mesra di antara para pelajar Sabah di Tanta, wakil PERUBATAN Tanta dan DPMT telah dilangsungkan di Dewan Perubatan Tanta.

Majlis telah dimulakan dengan ramah mesra bersama wakil persatuan PCT dan DPMT pada pukul 10.30 pagi. Antara intipati ucapan yang telah disampaikan oleh presiden dan pengerusi ketiga-tiga persatuan tersebut adalah untuk menguatkan lagi hubungan silaturrahim dan mengekalkan hubungan kerjasama diantara persatuan tersebut.

Majlis berhenti rehat pada jam 12.00 tengah hari untuk memberi laluan bagi solat Jumaat.

Majlis telah disambung semula pada jam 2.00 petang dengan program ramah mesra bersama anak-anak Sabah yang belajar di Tanta. Ketua Delegasi Mahasiswa Sabah Tanta iaitu saudara Abdul Aziz Bin Raman memulakan majlis dengan memberikan ucapan alua-aluan disusuli dengan ucapan Yang Di Pertua BKPSM, Mohd Shahrizal Bin Sabal dan Ketua DEMMAS, Mohd Hafizudin Bin Baharom. Seterusnya, sesi soal jawab telah diadakan dan pelbagai permasalahan telah disampaikan kepada barisan kepimpinan BKPSM dari segi pembelajaran hinggalah masalah biasiswa.

Majlis diakhiri pada pukul 4.30 petang dengan jamuan ringan dan sesi bergambar.

Berikut adalah gambar-gambar yang sempat diabadikan





Monday, April 1, 2013

Laporan Nabalu Cup 13'



                Pada 30 Mac 2013 yang lalu, DEMMAS dengan kerjasama Biro Sukan & Kebudayaan BKPSM telah menganjurkan satu kejohanan futsal antara muhafazah yang diberi nama Nabalu CUP. Program tersebut telah berlangsung di Stadium Universiti Zagazig & Porto Sports Centre, Zagazig. Kejohanan futsal yang julung-julung kali diadakan ini melibatkan 9 pasukan bagi kategori lelaki dan 3 pasukan bagi kategori banat yang terdiri daripada pelajar dari Kaherah, Zagazig, Mansurah dan Tanta.

                Kejohanan futsal ini diadakan bertujuan untuk mencungkil bakat-bakat terpendam dalam kalangan para peserta disamping mengeratkan ukhuwah sesama pelajar Sabah di bumi Mesir ini. Selain itu, program ini juga bertujuan untuk memupuk cara hidup yang sihat dan semangat kerjasama diantara para peserta.

Program ini bermula tepat pada jam 2.00 pm dimulai dengan sesi taklimat kepada para peserta. Kemudian acara diteruskan dengan perlawanan futsal. Pelbagai aksi menarik yang telah diperlihatkan sepanjang kejohanan ini berlangsung. Walaupun telah berlaku berlaku beberapa siri kejadian melibatkan peserta mengalami kecederaan, namun Alhamdulillah kecederaan yang dialami tidak serius.



Habuan yang menjadi rebutan setiap pasukan


JOHAN Nabalu Cup 13' - Kiram United

Naib JOHAN - Mangalukus FC







Pasukan JUARA banat - Kaherah




                Majlis penutupan Nabalu CUP telah diadakan di Stadium Tertutup Universiti Zagazig. Majlis penutupan telah dimulai dengan ucapan Pengarah Nabalu CUP 2013, saudara Mohd Afnan Syazwan bin Julikfli. Beliau telah mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua peserta yang menghadirkan diri dalam program tersebut dan telah menyatakan harapan beliau  agar program seperti ini dapat diteruskan lagi pada sesi akan datang.

                Kemudian, majlis penutupan diteruskan dengan majls penyampaian hadiah kepada pemenang. Bagi kategori banin, Juara Nabalu CUP 2013 telah disandang oleh pasukan Kiram United daripada Tanta manakala bagi kategori banat Juara telah disandang oleh pasukan daripada Kaherah. Bagi anugerah penjaring terbanyak, bagi kategori banin anugerah ini telah dimenangi oleh penyerang berbisa pasukan Mangalukus, saudara Mohd Tirmidzi bin Gial manakala bagi kategori banat, saudari Siti Atiqah Binti Mohd Jeoffrey daripada pasukan Kaherah telah memenanginya.

                Majlis diakhiri dengan sedikit jamuan dan sesi bergambar. Akhir kalam, kami daripada pihak penganjur menyusun sepuluh jari memohon kemaafan atas segala kesilapan dan kekasaran budi bahasa yang telah dilakukan sepanjang program ini berlangsung.

Sekian, wassalam.
 


BULAT BOLA KERANA ANGIN, ERAT UKHUWAH KITA INGIN”





Wednesday, March 27, 2013

Nabalu Cup 13' "Fixture, Rules & Regulations"


NABALU CUP 13'

LIST OF FIXTURE

BANIN

PADANG A

1. Kiram United vs OPS Daulat

2. Real Sapo vs Orang Kampung FC

3. Taufan Darat vs Syabab FC

4. Taufan Laut vs Mangalukus

5. OPS Daulat vs Orang Kampung FC

6. Kiram United vs Mansub Bil Fathah

7. Syabab FC vs Mangalukus

8. Taufan Darat vs Real Sapo

9. Mansub Bil Fathah vs Orang Kampung FC

10. Taufan Laut vs OPS Daulat

11. Real Sapo vs Mangalukus

12. Kiram United vs Syabab FC

13. Taufan Laut vs Mansub Bil Fathah

14. Taufan Darat vs Orang Kampung FC

15. Kiram United vs Real Sapo

16. OPS Daulat vs Mangalukus

17. Taufan Darat vs Taufan Laut

18. Syabab FC vs Mansub Bil Fathah



PADANG B

1. Syabab FC vs Taufan Laut

2. Mangalukus vs Mansub Bil Fathah

3. Orang Kampung FC vs Kiram United

4. Mansub Bil Fathah vs Real Sapo

5. Mangalukus vs Taufan Darat

6. Real Sapo vs Taufan Laut

7. Mansub Bil Fathah vs OPS Daulat

8. Taufan Laut vs Kiram United

9. Syabab FC vs Real Sapo

10. Taufan Darat vs Kiram United

11. Orang Kampung FC vs Taufan Laut

12. OPS Daulat vs Taufan Darat

13. Mangalukus vs Kiram United

14. Syabab FC vs OPS Daulat

15. Mansub Bil Fathah vs Taufan Darat

16. Orang Kampung FC vs Syabab FC

17. Real Sapo vs OPS Daulat

18. Mangalukus vs Orang Kampung FC




BANAT 


match 1: Kaherah vs. Mansurah

Match 2: Mansurah vs. Zagazig

Match 3: Zagazig vs. Kaherah

Match 4: Kaherah vs. Mansurah

Match 5: Mansurah vs. Zagazig

Match 6: Zagazig vs. Kaherah


SYARAT-SYARAT PENDAFTARAN :

  •  Setiap pasukan dibenarkan mendaftar seramai 6 orang pemain (minimum) dan terbuka kepada semua warga Sabah di bumi Mesir.
  • Mahasiswa/wi yang mempunyai masalah kesihatan (cth:asma,masalah jantung dll) dinasihatkan untuk membawa ubat-ubatan persendirian dan melaporkan kepada pihak penganjur sebagai langkah keselamatan.
  • Perubahan boleh berlaku mengikut keadaan dan budi bicara pihak penganjur.

PERATURAN PERTANDINGAN :

§  Peraturan ini tidak mengikut spesifikasi FIFA. Hanya digunakan untuk NABALU CUP (NaC ’13) sahaja.

§  ”HANDBALL” adalah dari tangan ke siku

§  Tidak dibenarkan "SCORE” terus dari sepakan ke dalam
(kick in).

§  Pemain dibenarkan ”SCORE” dari sepak mula dan dari sepakan penjuru

§  Penjaga gol boleh menangkap bola ”BACKPASS”.

§  Sepakan penalti hanya dibenarkan mengambil satu langkah sahaja.



§  “KICK IN” hanya boleh dilakukan melalui sepakan leret bawah paras lutut, dan bola hendaklah berada di atas garisan sebelum sepak tanpa kaki pemain masuk ke dalam padang.

§  Gol yang dikira adalah jelas masuk ke gawang gol, dan keputusan pengadil adalah muktamad bagi situasi ”50-50”

§  Tidak dibenarkan membuat terjahan keras, ”SLIDE TACKLE”, permainan kasar dan memaki hamun. Pengadil layak untuk memberi amaran atau kad kuning.

§  Kad merah akan diberi jika mendapat 2 kad kuning dalam satu perlawanan dan haruslah keluar dengan segera, pemain yang tidak menghormati pengadil juga akan dilayangkan kad merah.

§  Pemain yang mendapat kad merah tidak boleh diganti dengan pemain lain dalam perlawanan yang sama.

§  Jika pemain memegang 3 kad kuning dalam LIGA atau memegang kad merah, beliau akan digantung satu perlawanan.

§  Pemain tidak dibenarkan membuat sebarang provokasi terhadap pihak lawan atau kad akan diberikan.

§  Masa permainan adalah 11 minit. 5 minit separuh masa pertama, 1 minit rehat, dan 5 minit bagi separuh masa kedua (masa boleh diubah mengikut kesesuaian jika terdapat masalah teknikal)

§  Setiap pasukan hendaklah bersedia 5 minit sebelum sepak mula, sebarang kelewatan tidak akan dilayan dan akan menyebabkan pasukan kalah 3-0 dengan automatik.


§  Ketua pasukan diminta peka dengan ahli pasukan dan jadual perlawanan masing-masing bagi mengelakkan masalah kepada pasukan.

§  Permainan adalah 6 orang sebelah termasuk penjaga gol, pasukan yang tidak cukup pemain dibenarkan bermain dengan pemain yang ada.

§  Jumlah minimum pemain dalam setiap perlawanan adalah sekurang-kurangnya 4 pemain sepasukan, jika tidak mencukupi dikira kalah 3-0

§  Pertukaran pemain tiada had dalam satu perlawanan,tapi hendaklah tukar dalam kawasan yang ditetapkan.

§  Setiap pasukan digalakkan membuat jersi pasukan ,atau sekurang kurangnya memakai baju yang seragam sewaktu perlawanan.

§  Tidak dibenarkan menggunakan pemain pasukan lain atau ”IMPORT” pemain.

§  Setiap pemain hendaklah menutup aurat dan berkasut, pengadil berhak menghalang mana-mana pemain yang tidak mematuhi etika pemakaian dari bermain.

§  Bagi kemuncak liga,jika terdapat pasukan yang mempunyai kedudukan mata yang sama. Kejuaraan akan ditentukan melalui ”GOAL DIFFERENCE” terlebih dahulu diikuti ”GOAL”, dan ”HEAD TO HEAD HISTORY”. Jika masih seri, solusinya melalui sepakan penalti.

‘BULAT BOLA KERANA ANGIN, ERAT UKHWAH KITA INGIN!!’

Monday, March 25, 2013

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...