Showing posts with label Perutusan DEMMAS. Show all posts
Showing posts with label Perutusan DEMMAS. Show all posts

Friday, November 30, 2012

Perutusan Awal DEMMAS 2012/13

Bismillahirrahmanirrahim..

Assalamualaikum W.B.T.

     Alhamdulillah, lautan syukur saya panjatkan ke atas Ilahi atas peluang yang diberikanNya untuk terus bernafas di muka bumiNya, meneruskan tugas selaku hamba dengan melaksanakan perintahNya serta menjauhi segala laranganNya. Salam kasih atas kekasih, Muhammad S.A.W, kerabat baginda, sahabat-sahabat dan para pengikutnya.

     Tarikh 30 November 2012 yang lalu menyaksikan tirai pentadbiran BKPSM sesi 2011/2012  dilabuhkan dan kini diterajui oleh barisan kepimpinan yang baru.

     Pertamanya, ribuan terima kasih ingin diucapkan buat insan-insan yang telah memberi kepercayaan kepada saya untuk menerajui Delegasi Mahasiswa Mahasiswi 
Muhafazah Sabah 2012/2013. Memang diakui, memegang posisi sebagai ketua DEMMAS dan pada masa yang sama sebagai Timbalan Yang Di Pertua II BKPSM bukanlah satu tugas yang mudah. Rasulullah s.a.w telah bersabda "Sesungguhnya kamu akan menakluk di Timur dan di Barat bumi. Semua pemimpin-pemimpinnya berada dalam neraka kecuali di bertaqwa kepada Allah dan yang memegang amanah". Sudah jelas disini bahawa seorang pemimpin itu hendaklah bertaqwa kepada yang Esa dan sentiasa memegang amanah yang diberi dengan saksama.
     
     InsyaAllah, dengan kudrat yang saya miliki, akan saya berusaha untuk menggerakkan organisasi DEMMAS pada sesi ini seterusnya mengeratkan lagi hubungan silaturrahim sesama anak-anak Sabah yang belajar di bumi anbiya khususnya yang berada di luar Kaherah. Kepada anak-anak Sabah yang berada di muhafazah-muhafazah di seluruh Mesir, usah berdiam andai diri ditimpa musibah atau masalah kerana telah menjadi tanggungjawab organisasi DEMMAS untuk sentiasa memastikan kebajikan anak-anak Sabah sentiasa terpelihara.

     Akhir kalam, semoga kesepakatan dan ukhuwah yang dibina ini kita mampu memberikan impak kepada masyarakat yang berada di Mesir secara amnya. Dengan kerjasama yang diberikan oleh ahli-ahli di Iskandariah, Mansurah, Tanta, Zagazig dan Dumyat, kami akan cuba memberikan yang terbaik demi kemaslahatan kita bersama. InsyaAllah.

Siiru 'ala barakatillah...



Ketua DEMMAS 2012/2013

Mohd Hafizudin Bin Baharom













Wednesday, December 22, 2010

Selamat Tahun Baru & Selamat Menduduki Peperiksaan

Assalamualaikum..

Kepada semua ahli BKPSM yang berada di ard kinanah.Di sini DEMMAS ingin mengucapkan



"SELAMAT TAHUN BARU 2011"


Tidak ketinggalan juga peperiksaan bakal menjelang tidak lama lagi.Keadaan cuaca juga yang mengindahkan lagi suasana sekeliling kita ini yang membuatkan kita leka bersama tilam,bantal dan si lihaf.



"SELAMAT MENDUDUKI PEPERIKSAAN"

Oleh itu,marilah kita sama-sama berusaha bagi meningkatkan lagi mutu usaha dan prestasi pembelajaran kita untuk masa depan kita dan tidak ketinggalan juga menjaga kebajikan kita bagi menjamin kehidupan di dunia dan akhirat kelak.Tidak ketinggalan juga untuk sama-sama kita menjaga kesihatan kita ketika musim sejuk ini kerana musim sejuk di Mesir berbeza sejuknya berbanding di negara kita sendiri.

Di sini tidaklah ingin dipanjangkan kalam,hanya untuk mengucapkan  

"SELAMAT TAHUN BARU 2011"
&
"SELAMAT MENDUDUKI PEPERIKSAAN SESI 2010/11"

"BITTAWFIQ WANNAJAH" 

Marilah kita sama-sama berdoa untuk kejayaan kita bersama.Amin.

Sekian.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...