Monday, April 1, 2013

Laporan Nabalu Cup 13'



                Pada 30 Mac 2013 yang lalu, DEMMAS dengan kerjasama Biro Sukan & Kebudayaan BKPSM telah menganjurkan satu kejohanan futsal antara muhafazah yang diberi nama Nabalu CUP. Program tersebut telah berlangsung di Stadium Universiti Zagazig & Porto Sports Centre, Zagazig. Kejohanan futsal yang julung-julung kali diadakan ini melibatkan 9 pasukan bagi kategori lelaki dan 3 pasukan bagi kategori banat yang terdiri daripada pelajar dari Kaherah, Zagazig, Mansurah dan Tanta.

                Kejohanan futsal ini diadakan bertujuan untuk mencungkil bakat-bakat terpendam dalam kalangan para peserta disamping mengeratkan ukhuwah sesama pelajar Sabah di bumi Mesir ini. Selain itu, program ini juga bertujuan untuk memupuk cara hidup yang sihat dan semangat kerjasama diantara para peserta.

Program ini bermula tepat pada jam 2.00 pm dimulai dengan sesi taklimat kepada para peserta. Kemudian acara diteruskan dengan perlawanan futsal. Pelbagai aksi menarik yang telah diperlihatkan sepanjang kejohanan ini berlangsung. Walaupun telah berlaku berlaku beberapa siri kejadian melibatkan peserta mengalami kecederaan, namun Alhamdulillah kecederaan yang dialami tidak serius.



Habuan yang menjadi rebutan setiap pasukan


JOHAN Nabalu Cup 13' - Kiram United

Naib JOHAN - Mangalukus FC







Pasukan JUARA banat - Kaherah




                Majlis penutupan Nabalu CUP telah diadakan di Stadium Tertutup Universiti Zagazig. Majlis penutupan telah dimulai dengan ucapan Pengarah Nabalu CUP 2013, saudara Mohd Afnan Syazwan bin Julikfli. Beliau telah mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua peserta yang menghadirkan diri dalam program tersebut dan telah menyatakan harapan beliau  agar program seperti ini dapat diteruskan lagi pada sesi akan datang.

                Kemudian, majlis penutupan diteruskan dengan majls penyampaian hadiah kepada pemenang. Bagi kategori banin, Juara Nabalu CUP 2013 telah disandang oleh pasukan Kiram United daripada Tanta manakala bagi kategori banat Juara telah disandang oleh pasukan daripada Kaherah. Bagi anugerah penjaring terbanyak, bagi kategori banin anugerah ini telah dimenangi oleh penyerang berbisa pasukan Mangalukus, saudara Mohd Tirmidzi bin Gial manakala bagi kategori banat, saudari Siti Atiqah Binti Mohd Jeoffrey daripada pasukan Kaherah telah memenanginya.

                Majlis diakhiri dengan sedikit jamuan dan sesi bergambar. Akhir kalam, kami daripada pihak penganjur menyusun sepuluh jari memohon kemaafan atas segala kesilapan dan kekasaran budi bahasa yang telah dilakukan sepanjang program ini berlangsung.

Sekian, wassalam.
 


BULAT BOLA KERANA ANGIN, ERAT UKHUWAH KITA INGIN”





No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...