Saturday, March 2, 2013

Lawatan AJKT BKPSM ke Zagazig


     Pada 1 Mac 2013 yang lalu, Ahli Jawatankuasa Tertinggi Badan Kebajikan Pelajar Sabah Mesir telah mengadakan lawatan mahabbah ke Zagazig bertempat di Zagazig Malaysian Student Hall. Majlis yang bermula pada jam 2.00 petang itu melibatkan perjumpaan dengan pelajar Sabah yang menuntut di Zagazig, sebahagian AJKT PCZ dan DPMZ.
     
     Tujuan lawatan ini adalah untuk memperkenalkan barisan kepimpinan AJKT BKPSM  baru bagi sesi 2012/2013 dan juga pada yang sama ingin membincangkan tentang sebarang masalah dalam kalangan ahli BKPSM. Selain itu, perjumpaan ini adalah bertujuan untuk mengeratkan lagi hubungan dan kerjasama antara pihak BKPSM, PCZ dan DPMZ dalam menjaga hal ehwal kebajikan pelajar-pelajar Sabah di Zagazig.
     
     Selepas perjumpaan dengan ahli BKPSM, AJKT BKPSM mengadakan perjumpaan dengan AJKT Perubatan Cawangan Zagazig(PCZ) dan Dewan Perwakilan Mahasiswa Zagazig(DPMZ). Lawatan mahabbah tersebut diadakan bagi memperkenalkan Barisan AJKT BKPSM.
  
     Majlis dimulakan dengan kata-kata aluan daripada Ketua Delegasi Mahasiwa/wi Muhafazah Zagazig, Mohd. Yazid bin Usop. Kemudian majlis diteruskan dengan sesi ramah mesra antara barisan kepimpinan BKPSM, PCZ dan DPMZ.Dalam perjumpaan tersebut, YDP BKPSM, Ust. Mohd. Shahrizal bin Sabal telah menyampaikan sepatah dua kata bagi memperkenalkan BKPSM kepada ahli-ahli serta peranan BKPSM dalam menjaga hal kebajikan anak-anak Sabah di bumi Mesir ini. Beliau juga telah berterima kasih atas kesudian pihak PCZ dan DPMZ kerana sudi hadir dalam lawatan mahabbah kali ini.

     Pengerusi PCZ 2013/2014, Mohd. Syahmi Amir bin Md. Razali mengalu-alukan kedatangan AJKT BKPSM ke bumi Zagazig. Beliau juga menyentuh beberapa perkara tentang kesatuan ahli dan persatuan merupakan elemen penting dalam melahirkan biah solehah di Mesir.Beliau berharap agar dengan lawatan sebegini dapat diadakan lagi di masa hadapan.

     Pengerusi DPMZ , Mohd. Shobri Mat Yaakub juga berterima kasih dan mengalu-alukan kedatangan AJKT BKPSM ke Zagazig. Beliau juga berharap lawatan sebegini akan diadakan lagi pada masa hadapan untuk mengeratkan lagi ukhwah antara barisan kepimpinan BKPSM, PCZ dan DPMZ.
         
     Majlis diakhiri dengan jamuan dan solat maghrib secara berjemaah. AJKT BKPSM bertolak ke Kaherah pada jam 6.30 petang. Berikut adalah gambar-gambar sepanjang program tersebut berlangsung.









Disediakan oleh,
Nurfarahin Azzuanie bt. Awang Tangah
Setiausaha
Delegasi Mahasiswa/wi Muhafazah Sabah sesi 2012/2013

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...