Monday, August 22, 2011

Majlis Penyampaian Cenderahati & Sijil

Program "KELAS PENGAJIAN AGAMA"
Alhamdulillah syukur ke hadrat Ilahi dengan limpah kurnianya,telah berlangsung Program "KELAS PENGAJIAN AGAMA" bermula 14 hingga 20 Ogos 2011.

Program ini di jalankan untuk mahasiswa/wi Sabah yang berada di Mesir.Ia untuk melatih dan memperluaskan lagi ilmu dalam bidang keagamaan dan kedoktoran sebelum mahasiswa/wi bergelar "Graduan".

Di antara matapelajaran yang di ajar ialah :
  • Islam & Perubatan
  • Tajwid
  • Fiqh
  • Sirah Nabawiyyah
  • Tauhid
  • Bahasa Arab [Tatabahasa]

Antara TENAGA PENGAJAR dan PESERTA mahasiswa
Antara TENAGA PENGAJAR dan PESERTA mahasiswi

Program ini telah berlangsung selama seminggu.Pihak Delegasi Mahasiswa/wi Muhafazah Sabah [DEMMAS] mengucapkan jutaan terima kasih yang tidak terhingga kepada Tenaga Pengajar yang tidak pernah jemu untuk menabur bakti pada mahasiswa/wi Sabah sepanjang program dijalankan.Tidak lupa juga kepada Yayasan Sabah Kaherah , Badan Kebajikan Penuntut Sabah Mesir ,Mahasiswi Sabah , AJK Pelaksana Program "KELAS PENGAJIAN AGAMA"  dan kepada semua ahli BKPSM yang terlibat secara langsung mahupun tidak langsung.

Jazakumullahu khairan khathira. 
Salam Ramadhan.

Wassalam.

Pengarah,
Program "KELAS PENGAJIAN AGAMA".

Monday, August 8, 2011

Kelas Agama Bagi Pelajar Perubatan 2011

Bumi Mesir dikenali sebagai tempat yang melahirkan ramai ulama yang disegani dalam dunia Islam. Program ini dirangakan bertujuan untuk meningkatkan pengetahuan agama di kalangan pelajar perubatan di samping memperkasakan penguasaan mereka terhadap istilah-istilah ilmu agama. Amatlah penting bagi para pelajar perubatan untuk turut sama mengambil manfaat daripada majlis-majlis ilmu yang terdapat di Mesir. Antara subjek yang diajarkan ketika program berlangsung seperti ilmu Tajwid, Fekah, Hadis, Bahasa Arab, Tauhid dan Sirah Nabawiyah. Program yang bertemakan "Ilmu Penyuluh Kehidupan" dan bertempat di Surau WYSK ini diharapkan dapat memberikan hasil yang positif kepada para peserta insyaAllah.

Tarikh :  14 - 19 Ogos 2011
Tempat : Dewan Wisma Yayasan Sabah Kaherah

*Terbuka kepada semua warga BKPSM

*Sila klik sini untuk melihat Event di Facebook



 
*Sila klik untuk lihat iklan di Facebook










Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...